Wednesday, 17 October 2012

Nukilan Sahabat yg telah pergi...

       Saat aku mengemaskinikan harta-harta pusaka aku yg agak bersepah sekitar workstation aku ni, aku jumpa naskah lama 'Kopi' diawal-awal kemunculannya tanggal awal tahun 2000 dolu. Tersebar penuh mesteri sekitar kenkawan 'budak archy', Kopi saat itu cuma bingkisan picisan syok sendiri tanpa halatuju yg pasti.

      Orite, kembali fokus pada nukilan yg akan dipersembahkan nanti.. Arwah Panaharjuna, buat pertama kali aku mengenali beliau di ruangan siber forum Pergh.com, kiranya sekitar tahun 2002/03. Janjitemu 'blindate' di Central Market buat kesekelian kalinya, terus panas dengan gelak senda gurauan menghilangkan terus bibit-bibit rasa segan seperti member lama yang jarang ketemu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman, Amin.



Kelmarin, Semalam, Kini dan Lusa

Kelmarin
Aku di kejar ayahmu
Dengan parang lading di tangan
Dengan wajah garang menyinga
Menghambat aku sekitar kampung
Meluahkan amarah, menitipkan amaran
Awas lo !!!

Semalam
Tanpa sengaja kuduga sabarnya lagi
Bila lembuku melanggar janji
Meratah enak kebun ayahmu
Dan aku terpaksa berlari lagi
melangkah laju sempadan negeri
Menekad azam dinegeri salji
Menyembunyi diri, menyambung studi

Kini
Aku disisi ayahmu yang telah tua
Tiada lagi ugutan-ugutan keramatnya
Kerana aku telah membeli jiwanya
Dengan cucu yang nakal dan manja
Hasil ikhtiar kita berdua

Lusa
Entah aku pula mengejar siapa
Kerana tegarnya mengintai nak-anak kita
Lalu akan kuhambat dia hingga ke hujung benua
Dengan kata-kata amaran yang serupa
Awas Lo !!!!!

Arwah Panaharjuna 97 (Age of Confiusion )





No comments:

Post a Comment