Tuesday 30 October 2012

Kopi -Inilah titik permulaannya

Salam..
weekend bebaru ni aku selongkar beberapa lokasi tempat harta karun khazanah pusakaku. Nahhh.. aku jumpa ni!! inilah detik bermulanya perjalanan Corepeps. Saat itu (awal tahun 2000-2001) bermulanya projek 'Kopi' dikalangan bebudak archy sekolah senibina Uitm cawangan Seri Iskandar. Owh, kenapalah mataku kian rabak saat baru sahaja mau mulakan entri baru. Kopi pekat sudah imune pastinya. continue nnt.. Insya'Allah. malam peeps ;p

Wednesday 24 October 2012

Layan gak baca buku motivasi ni beb.. ;p

The Parable of the Pipiline -Burke Hedges

salam peeps, just nak share skit psal buku motivasi ni. Atleast bole bagi semangat untuk perubahan yg lebih baik. Nak review pun x bole lagi, bru settle dua bab.. byk lg x khatam. Semoga Tuhan perkenankan doa aku nak jumpa peluang buat pipeline ni, Amin. ;p 

Tuesday 23 October 2012

Corepeps Artzine -Volume #05

Cover design : takara

Inner cover : buckShot1901

Shout out by Mr.Editor : buckShot 1901 ;p

Budak Archy : Fahimi Maidin [Uitm]
Known as White (urban comic artist) and CODA vocalist.


audiopeeps #1 ; Blindtribe (Penang Metal)

audiopeeps #2 ; Devilica (Tampin, Nismilan -Chaotic Mathcore)

audiopeeps #3 ; Sfera Logika ( KL Indie rock )

Coremax -Kartunis Jambang (Apo?, G3)

Apokobondo? Event review ; Rantai 2006

Apokobondo? Event Review ; Arty-Party.

Grab-Fix : Muid Latif (DigitalMalaya)

 Stylo-Mylo ; Didjeridoo


Artcore! ; Lii Production

MovieManiac ; 9 Naga (review by Sue Enn)

Flyer Corepeps Artzine- Volume 05.

Ok peeps, apsal tetiba aku terus cover psal Corepeps Artzine -volume 05 ni?? actually, tadi aku duk ushar blog 'Koleksi Zine Punk Rock' skali rupanya ada gak terselit zine aku ni, issue 5 versi PDF, so sesaper yg x sempat nak beli zine aku, kowang bole arr donlod gratis/percuma kat : http://koleksizine.blogspot.com/search/label/Zine%20Corepeps

thanks to abam Dhani kerana kesudian beliau meuploadkan zine aku yg x berapa nak punkrock tu, egheghegehe.. 

Wednesday 17 October 2012

Deformasi minda

aku pun tak ingat bila lukisan ni released.. mybe sekitar 2004-2005 rasanya.. saat tu, seluruh jiwa raga untuk seni... kononnn.. ghegeheheee ;p

Nukilan Sahabat yg telah pergi...

       Saat aku mengemaskinikan harta-harta pusaka aku yg agak bersepah sekitar workstation aku ni, aku jumpa naskah lama 'Kopi' diawal-awal kemunculannya tanggal awal tahun 2000 dolu. Tersebar penuh mesteri sekitar kenkawan 'budak archy', Kopi saat itu cuma bingkisan picisan syok sendiri tanpa halatuju yg pasti.

      Orite, kembali fokus pada nukilan yg akan dipersembahkan nanti.. Arwah Panaharjuna, buat pertama kali aku mengenali beliau di ruangan siber forum Pergh.com, kiranya sekitar tahun 2002/03. Janjitemu 'blindate' di Central Market buat kesekelian kalinya, terus panas dengan gelak senda gurauan menghilangkan terus bibit-bibit rasa segan seperti member lama yang jarang ketemu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman, Amin.



Kelmarin, Semalam, Kini dan Lusa

Kelmarin
Aku di kejar ayahmu
Dengan parang lading di tangan
Dengan wajah garang menyinga
Menghambat aku sekitar kampung
Meluahkan amarah, menitipkan amaran
Awas lo !!!

Semalam
Tanpa sengaja kuduga sabarnya lagi
Bila lembuku melanggar janji
Meratah enak kebun ayahmu
Dan aku terpaksa berlari lagi
melangkah laju sempadan negeri
Menekad azam dinegeri salji
Menyembunyi diri, menyambung studi

Kini
Aku disisi ayahmu yang telah tua
Tiada lagi ugutan-ugutan keramatnya
Kerana aku telah membeli jiwanya
Dengan cucu yang nakal dan manja
Hasil ikhtiar kita berdua

Lusa
Entah aku pula mengejar siapa
Kerana tegarnya mengintai nak-anak kita
Lalu akan kuhambat dia hingga ke hujung benua
Dengan kata-kata amaran yang serupa
Awas Lo !!!!!

Arwah Panaharjuna 97 (Age of Confiusion )





Saturday 13 October 2012

Aku dan Scene Punk/Hardcore -Part 01

Saat ini, aku baru nak habiskan bacaan buku 'Punkrock-disebalik fesyen dan muzik bising' yg aku ankat sebagai medium bacaan terbaik aku tahun ni. Artikel last skali dari Din-Roots. Aku ada gak baca 2-3 keluaran roots ni, ada yg aku beli dan ada gak yg aku pinjam dari kenkawan. best. aku suka gaya penulisan Din ni, nampak bersahaja dan tak membosankan. So, bila aku baca kisah personal diowang tentang macamana bole terjebak dengan dunia scene ni, banyak plak rasanya persamaan dengan aku..

Terdetik plak rasanya nak share tentang bagaimana aku bole terjebak dengan scene ni. Aku bermula dengan abang aku yg sulung. Masa tu dia baru habis SPM, aku plak dalam tingkatan 2-3 macam tu.. so, masa tu zaman thrash metal tengah up, Metalica konfim full set album dia ada.. pastu masuk plak morbid angel, sodom-agent orange, King Diamond, Slayer, Master dan mcm-mcm lg lah.. Pastu, arwah abang aku yg nombor plak dengan Guns & Roses, Anthrax, Nuclear Assault, dan beberapa lagi koleksi band-band rock luar dan lokal. Tapi masa tu, band favourite aku bukan rock, ataupun band2 metal ni, tapi 'Chypress Hill' latino hip hop group. Sampailah masa aku form 4 (1994), member taman aku, si Ajey promote album Nirvana- Smell Like Teen spirits. Masa tu semua sibuk belajar main gitar pasal nak main lagu nirvana. Aku jer kurang berminat nak belajar. Masa ni, Ajey kira yg paling terel main gitar dan sifu kepada beberapa kenkawan taman aku ni. Pastu, kawan sekolah aku masa tu, Baby, kenalkan aku dengan band Sex Pistol-Anarchy in the UK. Perghhh.. terus melekat. kire lagu 'Anarchy in the UK' tu dah jd lagu kebangsaan dah. hari-hari wajib nyanyi.. huhuu.

Kendian masa tu jugak band-band punk US mula meletup di pasaran, antaranya yg ngetop, band Green Day-Dookie arr.. sampai masuk tv dia punyer promotion. Pastu, Offspring plak masuk line dan beberapa lagi band yg aku dah x berapa nak ingat dah. Masa ni, aku dah pandai kumpul duit belanja sekolah dan beli kaset bila dah ckup budget. Masa tu, harga kaset rm10.50. Port kedai favourite aku masa tu, kedai untie kt Wisma Punca Emas, tingkat 2 kat corner sebelah escelator. Wisma Punca Emas masa tu port paling sempoi dan heaven bg waghih-waghih. Selain lepak kedai kaset untie, port bebudak scene masa tu, Kodai Sopan. Kat situ, aku mula kenal psal gigs melalui flyer-flyer yg banyak ditampal di depan cermin kodai Sopan ni. Masa tu, aku kenal Imam-seasonal abyss jer.. dia byk citer psal gigs scene ni. Sampai pernah hampir terjebak nak join rombongan gigs ke Ipoh psal ada band dari Seremban yg join masa tu. Walaubagaimanapun, terpaksa kensel last minit bila dapat tahu terpaksa balik lewat psal gigs habis lewat dan tak tahu nak bagi alasan apa kat mak bapak. Masa tu, jiwa tak begitu punk sangat lagi.

Kaset band local yg aku beli, kompilasi 'Circle of Friends' memang terbaik. Baby(shahril Izwan) gak yg promote kat aku kaset tu. Pastu barulah aku mula beli kaset Carburator Dung, The Pilgrims, Saturnine, FTG, dan banyak lagi.. Masa ni aku tak jumpa lg zine, newsletter ni semua. Yang aku tau, Blasting Concept yg Joe Kidd tulis kat paper The Sun, setiap hari rabu. Kat situ aku tahu wujudnya zine-zine punkhardcore. Memang slow skit, psal kebanyakan member-member lepak aku masa tu, tak into scene sangat. Mre pada takat layan dengar gitu-gitu jer, so aku pun terjebak macam diowang gak. Tak tahu punca nak carik sumber-sumber berkaitan untuk buat rujukan psal scene.

Okeylah, ckup sampai sini dlu. mata aku sudah ada tanda2 sedikit rabak. tak tido lagi sejak bangun subuh td. layan jogging kt taman tasik pastu sambung layan nasik lemak ikan sembilang plak kat kampung aku, Lenggeng. So, jam dah tunjuk 1.43pm ni, better aku stop dlu, solat Zuhur dan istirehat. ;p

Friday 12 October 2012

Dulu aku ckup minat tengok dia main.. nampak sejuk duwhh



dlu masa taim kecik, mati-mati aku ingat dia ni arkitek, psal kt paper tulis dia arkitek atas padang.. pastu aku ingat kalo jd arkitek mesti terel main bola..<punggahhh!!! mana nak carikkk terelll.. budak studio aku dlu pun sorang dua jer terelll.. yg lain so-so jer, bolehlah main bola.. ada gak 2-3-4 org yg x sepak bola langsung.. <yg ni mgkin masa kecik mak bapak dia bg pakai skirt kowt, ke kakak2 ajak main masak2 jer.. eghegehehe..

Group 'Budak Archy' chekidoutttt peeps..

So, kat fb aku ada create satu group 'Budak Archy' dimana ianya open group untuk semua orang yg pernah belajar senibina walaupun finally tukar kerjaya jadi apapapun. So, memaner budak archy yg dah jadi Artis, Kartunis, Penyanyi, Pengarah filem, Fotografer dan apa-apa sahaja, kirenya, inilah port kowang untuk melepaskan rindu untuk ketemu member2 lama atau apa-apa sahaja. ;p




Tagged: utk semua ex-architecture student walopun finally kowang pilih jalan lain sebagai pilihan.. sbg satu medium ruangan sosi
al dikalangan bebudak archy x kire korang grade dari mana, stay mana,ataupun masih bergelar budak archy.. have fun & don't give up my friends!!

Mental Inkz -Panaharjuna

Aku ingin menjadi jagat
Bersuara tegas berteguh janji
Bukan lagi sekadar enau
Yang pucuknya sendiri-sendiri
Menyulur Lepas di belukar sunti

Aku enggan hilang lagi
Teguran Jebat dan layar si Awang
Akal Nadim pun wajib kusimpan
Biar menangis winston dan menggogoilah Raffles
Namun tunduk berkiblat tidak sekali
Semoga dapat ku letakkan harapan
Pada cucu dan cicit kita nantinya
Jauh tidak, segan pun tidak
Malah bangga bermoyangkan kita

Aku menuntut jiwa yang kudus
Luhur memegang sabda, teguh menggengam hadis
Semoga dihujung usiaku yang tersisa
Tidak lagi nantinya aku tersua
Wajah-wajah polos bayi gelandangan
Sejuk dan kaku dikaki jalanan

Arwah Panaharjuna
Pergh.com

Dipetik dari zine Corepeps Artzine- Volume #02.


Mutiara Kata



Lebih baik makan sesuap nasi dari hasil titik peluh sendiri daripada makan sepinggan  nasi dari hasil menipu orang ramai.

Wednesday 10 October 2012

aduyaiiii..

sialan..
nasib malang betul hari ni.. macam-macam hal.. start dari balik ujan lebat kaw-kaw td.. hp plak kong.. bukak casing tu diaaa.. basah weiiii.. aku plak dah ter 'on' td.. so, bak kata mmber fb aku, maun jd musuhnya habis ninasa tu.. mamposss??
pastu hp bini aku plak kene bar. pelik weii.. dia pkai bil pakej family.. so, mustahil ler boleh over limit.
so, lepas makan gi tesco jup, kedai digi kt sana.. sruh diowang check akaun semua..
skali rupanya line connection internet terpasang, sapa lagi?? anak-anak aku ler..
so, esok bermulalah saat aku ke kl tanpa hp kowt
xtau ler berapa lama boleh tahan huhuuu ;p
okielah mata aku dah rabak.. sok aku sambung lain k.
salam komrads!

Saturday 6 October 2012

Tak Ingin Bercinta

Pesona sinarmu nan memukau
Jiwa kosong merudum resah gelodak
Bagai badai yang menghempas,
Merobek rakus tenangku semalam
Dan kini aku ingin...
Jatuh bangun dan terus berlari terbang
Bersama citra yang terpaling indah
... itupun kalau ku mampu.

Dan senjata puitis ku garap
Agar alunannya bakal menyentap
Halwa telinga setiap jasad yang longlai.
... dan segala rahsia terungkai..
Menyingkap sejuta kisah duka lara,
Membongkar topeng rahsia
Wajah hipokrit manusia disebalik senyum
Sinis penuh dusta celaka
Terpalitku secebis dosa nista lampau
Tika bongkak menongkah arus yang salah
Riang merayap nakal diruang beracun
Saat alpa hanyut dibuai nafsu nan satu
Gila! betul-betul gila !

Tak sanggup ku hayati memori silam walau semalam
Hitam pekat busuk menusuk dan meloyakan
Biarlah virus pupus terkambus
Hidup umpama bakteria bermaharajalela
Disetiap pelosok zarah-zarah ruang vakum udara
Bagai parasit-parasit gila menghisap darah suci
insan tercinta...
Sudahlah.. biarkan ku sendiri.. dan kau pun tak mengerti
Dari terus ditemani seorang...
Gila.

-buckShot.

Peringatan !



Jika rakyat pergi, ketika Penguasa berpidato
kitaharus berhati-hati, barangkali mereka putus asa..
Kalau rakyat sembunyi dan berbisik-bisik,
Ketika membicarakan masalahnya sendiri
Penguasa harus berwaspada dan belajar mendengar.

Bila rakyat tidak berani mengeluh, itu artinya sudah gawat
Dan bila omongan penguasa tidak boleh dibantah,
kebenaran pasti terancam.

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang,
Suara dibungkam kritik, dilarang tanpa alasan,
Di tuduh Subversif dan mengganggu keamanan
makanya, hanya ada satu kata, 'LAWAN!'

-Wiji Thukul.

*Corepeps Artzine -volume 2 (January 2005).

Monday 1 October 2012

Kusut+kalut+kabut

Serius semak kepala hotak aku hari ni. Ni gara-gara belanjawan credit mengatasi debit, damn it. Sekali Aral datang melintang. Hilang punca duwhhh.. mamang semak tahap sampah. Aku dah x bole fikir apa sekarang ni.. semayang dah semayang dah, doa pun dah doa dah, usaha pun dah usaha dah, apalagi? berserah kat atas sana tu sahaja. Sesekali Dia cuba menguji iman umatnya, mampu ke tak mampu. Esok ungkin jawapannya. Ya Allah, semoga Kau merahmati doa ku kali ini ya Allah. Tunjukkan aku jalanMu ya Allah. Jalan yang diredhai. Lembutkanlah hati-hati mereka itu yg terngiang dalam kotak fikiranku. Bantulah hambaMu yang lemah ini. Subhannallah, hampir tertewas aku dgn hasutannya. saat otak tepu bercelaru, buntu sampai semu.. saat inilah bisiskan syaitan mengusik-usik hati. Hati-hati jangan terperangkap. Argghhhh.. sialannn.. mohon pergi jauh!! Selamat Malam.