Wednesday, 26 September 2012

NEO-Romantis, intro no.2



Tanggal 18hb Jun 2012, bakal mencipta sejarah dalam hidupku sendiri dimana aku terdetik utk mula menulis tentang sesuatu yang terdetik untuk aku luahkan. Gara-gara minggu lepas, aku menerima bungkusan pos berisi buku yg aku order dari teman Editor hc/punk zine yang pernah aku kenali dulu. Dhani Ahmad dan Nizang, nama yg cukup sinonim dengan gelandangan anak-anak punkrock Malaya. 


Cukup aktif menerbitkan makalah-makalah d.i.y. yang tidak pernah mengecewakan. Buku ‘Punk Rock- Disebalik fesyen & muzik bising’ kini mengisi ruang-ruang kekosongan waktu aku untuk menambahkan pengetahuan aku tentang erti sebenar gerakan bawahtanah bergenre ‘Punk’ . Mungkin aku juga seorang punk rocker secara tidak langsung walopun tanpa spike atau jaket kulit tapi etikanya hampir saja.

 Neo-Romantis, sekadar meminjam tajuk lagu dari Kumpulan rock oldtimer –Search. Kenapa Neo-Romantis? Kerana saat menulis adalah saat dimana aku meluahkan perasaan emosi yang terdetik di jiwa naluri aku, tanpa rasa hipokrit,  wayang penipuan diri sendiri. Dan setiap entri yg aku tulis tentang nostalgia memori lama yg pastinya ada pahit manis rodanya, Cuma pastinya aku lebih ingatkan yang manis. Yang pahit aku lontar jauh-jauh.
 . 

No comments:

Post a Comment