Sunday 23 September 2012

Komuniti Lorong Katak, nostalgia kenkawan susah senang.


Central Market. Dulu masa zaman bujang, ini ler port aku dan kenkawan melepak. Terutama taim balik keje.   Dah jadi perkara wajib masa tu, mesti nak singgah sini, terutama kat Lorong Katak. Lagi satu, Restoren Kampung Pandan, kat tingkat atas corner tu.. dah lama pupus dah restoren tu.. Dulu itu ler port melepak paling osem dgn balance duit kat poket tak banyak mana, bermodalkan order teh tarik dan roti kosong, boleh ler lepak sini 2-3-4 jam, kekadang sampai kematu bontot. Yang Peliknya, banyak jer isu yg nak disembangkan.. gheheheee..


Antara gambar paling nostalgia masa tu, gathering iftar tahun bila ntah, tapi bukan kat cm arr.. huhuu..

Sekarang ni, semua pun dah beranak-pinak, tinggal beberapa kerat jer yg masih Solo dengan jayanya.. ;p. Nak kumpul lepak macam dulu pun kira susah kot, memasing dah banyak komitmen dgn family memasing.. keje lagi.. parttime lagi.. hobi lagi.. huhuu.. Ok beb, hopefully boleh buat grand gathering suatu hari nanti dgn geng-geng cm ni.. Insya'Allah, suatu hari nanti. ;p

No comments:

Post a Comment