Thursday 7 February 2013

The Power of RE


ada kenkawan cakap Politik tu Suck! Politik itu Rosak! Both party sama jer.. xleh pakai. Aku SETUJU! ya.. aku 10 tahun dlu stuju psal itulah pemikiran aku. psal tu aku decide x mengundi. malas! bosan dengan kempen, dakyah, fitnah, sumpah seranah.. semak kepala otak! ye.. dulu. masa tu aku Punk ikut-ikutan. yg tau layan musik, pogo dan hangout dgn kenkawan punk.
Tapi zine HC Punk banyak merubah mentaliti aku. serious shit! dari seorang yg tak ambil peduli, kepada seorang yg prihatin tentang perjalanan politik negara. Arghhh, persetankan!! mereka tu sama jerr.. TIDAK! sama sekali TIDAK! Kesedaran dari pemahaman aku lain.. yang rosak tu Politician! Individu!! mereka ini yang KORUP. bukan parti. bukan semua Politician rosak. Tapi yg Jelas, Parti yg dah sekian lama perintah kita ni sudah Total ROSAK. Dari akar umbi hinggalah pada pucuk yg baru berjinak-jinak, semuanya Jahanam. Adakah mereka ini benar-benar ikhlas untuk berkuasa? ramai yg jangkakan jawapannya.. dan inilah yg aku nampak! silakan jika kamu ingin katakan aku BIAS.
Sudah 55 tahun beb.. bukan sekejap waktu. kiranya 55 tahun ini jika masih dipanjatkan umur, seharusnya mereka ini mendekatkan diri dengan Tuhan mereka. Dan aku, selagi aku mampu, dengan kederat dan kemampuan yg aku ada, aku akan terus menghasut. Akan terus menyebarkan virus-virus kesedaran dan pencerahan. Semoga kawan-kawan alam maya ku tidak terus diperbodohkan (to whom it may concern, sila kecil hati). Sesungguhnya, kita sedang dimomokkan dengan perasaan TAKUT! Takut untuk melakukan PERUBAHAN. Sikap Paranoid kepada sesuatu yg tidak pasti hujung pangkalnya, inilah agenda jahat yg sedang dilebong oleh sang Penguasa. Inilah Taktik kotor si pencacai angkat najis mahu kita semua risaukan. damn. Untuk kesekelian kalinya aku mohon, kawan-kawan alam mayaku untuk fikirkan sejenak kata-kataku ini. Jangan takut pada mereka. Cukuplah kita takut kepada Sang Pencipta, Allah Swt. Kuatkan tekadmu. Mohon doa pada Tuhan semuga Dia merahmati perjuangan ini. Semoga Allah membantu umatnya yg mahukan perubahan kepada kebaikan.

Maaf, jika kalian terasa dengan entri ini. Aku pun insan biasa yg x pernah lari dari melakukan kesilapan.

Terima kasih HC Punk [bukan sekadar muzik bising dan fesyen!]
Terima kasih zine-zine politikal dan yg sarat dengan info dan panduan
Terima kasih ricecooker dan Joe Kid.
Terima kasih Hishamudin Rais dan Tukar Tiub [Penulisan beliau paling terkesan!]
Terima Kasih rakan-rakan seperjuangan [semuga usaha murni kita diberkati dan berbaloi nanti, In Syaa Allah.
Terima kasih kalian yg baca entri aku sampai habis, semuga yg masih diawangan tu kesedaran akan datang jua nanti dengan izin-NYA.
 

No comments:

Post a Comment